Apa Itu Fisioterapi?
Fisioterapi adalah kaedah rawatan penyakit atau kecederaan melalui mekanisma penyembuhan semulajadi badan. Tiada ubat digunakan dan kaedah ini tidak menyakitkan. Ia lebih kepada pemulihan dan pencegahan.
Apa Yang Dilakukan Oleh Ahli Fisioterapi?
1)Mendiagnosis pesakit dan menentukan kaedah rawatan yang bersesuaian. Berbekalkan latihan intensif, ahli fisioterapi dapat memberikan penilaian yang sewajarnya.
2)Merawat keadaan-keadaan yang berbeza menggunakan perawatan moden dan tradisional.
3)Mengajar pesakit kaedah senaman yang sihat.
4)Nasihat tentang pengendalian objek berat dan cara-cara pesakit dapat menangani kekurang upayaan mereka dalam jangka masa panjang.
Keadaan Yang Memerlukan Rawatan Fisioterapi
1)Masalah pernafasan, paru-paru dan kahak
2)Kecederaan semasa bersukan, ligament terluka dan kecederaan otot (sprains).
3)keadaan ketidakupayaan seperti palsy, stroke dan distrofi otot
$)Masalah sakit sendi, tulang belakang dan leher
Siapa Yang Dirawat Ahli Fisioterapi?
Ahli fisioterapi mampu merawat dalam semua keadaan dan perkhidmatannya merangkumi pesakit seawal bayi baru lahir sehingga orang-orang tua yang uzur. Selain daripada itu, membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit dewasa yang mempunyai komplikasi ataupun masalah mental. Pesakit diajar teknik releksasi dan senaman yang mampu memulihkan kecergasan fizikal dan mengembalikan jati diri.
Kaedah-Kaedah Rawatan
1)Elektro Terapi
Ultra Sound
Interferential Terapi
Laser
Diatermi Gelombang Pendek
2)Terapi Manual
Mobilisasi
Manipulasi
Urutan
Senaman Therapeutic
Rehabilitasi selepas pembedahan
Nasihat dan langkah pencegahan
More info :
dan byk lagi :)
No comments:
Post a Comment