Wednesday, 11 December 2013

RAWATAN FISIOTERAPI BERGERAK @ FISIOTERAPI DI RUMAH (HOME PHYSIOTHERAPY)


Rawatan Fisioterapi di Rumah



Assalamualaikum... insyaAllah mnjadi peneraju yg traktif dalam perkhidmatan fisioterapi bergerak/ di rumah (home physio) :)

Menyediakan perkhidmatan rawatan fisioterapi di rumah wakil fisio ataupun di rumah anda. Merupakan graduan yang terdiri daripada Diploma dan pengajian Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi UiTM.

LOKASI:

  Perak shj 
(bergantung kepada kawasan daerah)



Secara keseluruhan mendapat latihan klinikal di pelbagai hospital seluruh Malaysia.


Kini anda tidak perlu lagi ke hospital atau pusat rehabilitasi untuk mendapatkan rawatan! 

Antara perkhidmatan rawatan fisioterapi yang sediakan ialah :

1.Rehabilitasi untuk pesakit strok / angin ahmar
 (sesi pertama hanya untuk sesi penilaian (assessment) dan untuk sesi rehabilitasi seterusnya akan di kenakan mengikut keadaan)

2.Rawatan sakit belakang/leher/bahu/lutut
  (bergantung kepada keadaan pesakit)

3.Rawatan selepas patah tulang (Contoh: Patah tangan,patah kaki) 
 (bergantung kepada keadaan pesakit)

4. Urutan relaksasi/ Relaxation massage
          a) Bahagian atas badan / Upper body massage
          b) Bahagian bawah badan / Lower body massage 
          c) Seluruh badan / Whole body massage 

5. Dressing
   mencuci luka hasil pembedahan atau luka.


Perkhidmatan yang sediakan:

~Perkhidmatan di rumah fisio.
~Perkhidmatan ke rumah anda. (Caj akan dikenakan untuk rawatan yang  memerlukan kami datang ke rumah anda.) *bergantung pada tempat/ jarak
~Perkhidmatan secara online. TANPA SEBARANG CAJ. (Perkhidmatan yang disediakan melalui online adalah kaunseling, nasihat juga beberapa tips kesihatan dan contoh senaman.)

Info: 

Kami tahu sesetengah masyarakat masih belum terbuka dan tahu tentang rawatan fisioterapi. Untuk pengenalan, rawatan Fisioterapi akan membantu mengoptimumkan kualiti kehidupan pesakit dan membantu mengurangkan kesakitan yang pesakit alami. 

Rawatan fisioterapi adalah amat penting disamping pengambilan ubat-ubatan dari pihak hospital. Badan kita, adalah amanah dari Allah yang wajib kita jaga sebaiknya.
Selain dari usaha mengambil ubatan secara teratur, pemakanan yang seimbang, penjagaan badan juga diperlukan untuk memastikan kesihatan dalam keadaan baik.

Kita usaha, Allah menyembuhkan. InshaAllah. 
Usaha perlulah betul dan mendapat nasihat dari mereka yang arif.
Moga Allah mudahkan kita. :)



Anda berminat? Sebarang pertanyaan? 
Hubungi saya melalui:
SMS / CALL / WHATSAPP : 013-6435159




Caj untuk rawatan boleh dirunding (bergantung keadaan semasa pesakit).

Terima kasih.  :)

PENGENALAN

Apa Itu Fisioterapi?

Fisioterapi adalah kaedah rawatan penyakit atau kecederaan melalui mekanisma penyembuhan semulajadi badan. Tiada ubat digunakan dan kaedah ini tidak menyakitkan. Ia lebih kepada pemulihan dan pencegahan.

Apa Yang Dilakukan Oleh Ahli Fisioterapi? 
1)Mendiagnosis pesakit dan menentukan kaedah rawatan yang bersesuaian. Berbekalkan latihan intensif, ahli fisioterapi dapat memberikan penilaian yang sewajarnya.
2)Merawat keadaan-keadaan yang berbeza menggunakan perawatan moden dan tradisional.
3)Mengajar pesakit kaedah senaman yang sihat.
4)Nasihat tentang pengendalian objek berat dan cara-cara pesakit dapat menangani kekurang upayaan mereka dalam jangka masa panjang.

Keadaan Yang Memerlukan Rawatan Fisioterapi
1)Masalah pernafasan, paru-paru dan kahak
2)Kecederaan semasa bersukan, ligament terluka dan kecederaan otot (sprains).
3)keadaan ketidakupayaan seperti palsy, stroke dan distrofi otot
$)Masalah sakit sendi, tulang belakang dan leher

Siapa Yang Dirawat Ahli Fisioterapi?

Ahli fisioterapi mampu merawat dalam semua keadaan dan perkhidmatannya merangkumi pesakit seawal bayi baru lahir sehingga orang-orang tua yang uzur. Selain daripada itu, membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit dewasa yang mempunyai komplikasi ataupun masalah mental. Pesakit diajar teknik releksasi dan senaman yang mampu memulihkan kecergasan fizikal dan mengembalikan jati diri.

Kaedah-Kaedah Rawatan

1)Elektro Terapi
Ultra Sound
Interferential Terapi
Laser
Diatermi Gelombang Pendek

2)Terapi Manual
Mobilisasi
Manipulasi
Urutan
Senaman Therapeutic
Rehabilitasi selepas pembedahan
Nasihat dan langkah pencegahan


More info : 


dan byk lagi    :)